July 10, 2009

pertandingan suara burung merbok


wak wak oh wak wak


Musim padi masak adalah satu musim yang aku paling boring tapi menyeronokan mana tidak orang tua saya biasanya meminta kami menjaga burung ciak trit yang datang menyerang padi. Sebelum adanya pukat adalah sangat membosankan menanti dan menghalau burung yang turun ke bendang kerana kami langsung tak ada peluang nak berehat tapi selepas adanya pukat kami lebih seronok dan bersemangat menjaga bendang maklumlah kerja menjerkah burung agar masuk ke pukat memang menyeronokkan terutama bila pukat itu juga di masuki burung ciak uban atau wak wak.
Selalunya burung burung yang terperangkap kedalam jaring akan kami pungut dan kumpul didalanm satu bekas yang besar untuk di sembelih dan di makan. Pasal burung ciak trit jangan katalah sampai peringkat mak saya tak boleh lagi melihatnya kerana akan terasa loya akibat terlalu banyak kami makan burung tersebut . Namun pada saya makan gulai krisik burung ciak trit adalah sangat menyelerakan. Burung wak wak pula sangat jarang di perolihi kerana kecerdikanya mengelak pukat sementara jika kami mendapat burung ciak uban pula selalunya kami akan pelihara dia dengan memasukan ke sangkar dari batang nipah ciptaan kami sendiri.
Tidak banyak yang saya ingat tentang menanti burung ciak trit ini namun yang pasti sehingga sekarang aku mempunyai suara yang lantang dalam hal jerkah menjerkah kerana telah terlatih menjerkah burung ciak trit yang kekadang buat pekak badak sahaja bila kami menjerkahnya. Kalau bapa pasang orang-orang pula lagi le dia buat sadin je walaupun pada tali orang orang tu di gantung tin agar berbunyi bila di tarik talinya. Namun kesan dari kerja memukat burung mengakibatkan serangan burung terhadap padi agak berkurangan di kampung kami.
Seingatlah saya teknologi memukat burung inilah yang banyak menyelamatkan hasil padi bendang seluruh kampung saya dan sehingga sekarang saya masih berkeinginan nak merasa makan gulai krisik burung ciak trit. Sebab itulah jika ada orang menjual burung gulai puyuh di kedai tak pernah saya lepaskan untuk memakannya. Namun bagiku gulai burung puyuh belaan takle seenak gulai burung ciak trit yang di masak oleh ibuku .Kelebihan memakan burung ciak trit pula ialah boleh di suap seekor semulut sahaja kerana saiz nya yang kecil.

idamanku


ni yg duk tgh aku m kat ladang limau telok1000 kat tpt aku je x jauh pon dgn rumah...gbr ni aku ambil kat kwn (denak)

serindit pon layann.....


serindit ni aku bela baru 6 bulan tapi dah boleh main hehe....

jebak



sekali-sekala jebak pon layan gak hehe...

June 22, 2009

seladang gantung/gagap

Sila comment la bro..seladang gantung aku nie..

apa kekurangan beritahu ler..

June 19, 2009

ibu..

Orang kata aku lahir dari perut mak..(bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku....mak Bila lapar, yang suapkan aku....mak Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak Bila bangun tidur, aku cari....mak Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak Bila nak bermanja, aku dekati.....mak Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak Bila nakal, yang memarahi aku....mak Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak Bila takut, yang tenangkan aku....mak Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak Aku selalu teringatkan ....mak Bila sedih, aku mesti talipon.....mak Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak Bila bengang.. aku suka luah pada..mak Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! " Bila sakit, orang paling risau adalah....mak Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak Bila ada masalah, yang paling risau.... mak Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak Yang selalu berleter kat aku...mak Yang selalu puji aku....mak Yang selalu nasihat aku....mak Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak Aku ada pasangan hidup sendiri.... Bila seronok, aku cari.......pasanganku Bila sedih, aku cari......makBila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku Bila gagal, aku ceritakan pada....mak Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku Bila berduka, aku peluk erat....emakku Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"Selalu.. aku ingat pasangankuSelalu.. mak ingat kat akuBila-bila... aku akan talipon pasanganku Entah bila... aku nak talipon makSelalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"... Berderai air mata jika kita mendengarnya........ Tapi kalau mak sudah tiada..........MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT.... Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya.... berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya..... berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya...... berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....... berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.... berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:1) Tolong pergi kedai : RM4.002) Tolong jaga adik : RM4..003) Tolong buang sampah : RM1.004) Tolong kemas bilik : RM2.005) Tolong siram bunga : RM3.006) Tolong sapu sampah : RM3.00Jumlah : RM17.00Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMAJumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMAAir mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya."Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.

June 17, 2009

Blog aku sudah terbina...(BLOG IDAMAN)

AWAS KEPADA SEMUA PEMIKAT BURUNG..
PELAGA AYAM...
AYAM HUTAN..
SERINDIK,MERBOK.TERKUKUR

AKU DAH MAI...